Sunday, October 31, 2010

saje nak cite

Bola Baling

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini.

Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.
Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.

Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian.

Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985.

Sejarah Bola Baling
Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini dikatakan berasal daripada permainan Urania di Yunani, Harpaston di Rom dan Fangballspiel di Jerman pada zaman dahulu. Pada abad ke-19, munculnya permainan yang agak sama dengan permainan bola baling seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark, Hazena di Bohenia, Gandbol di Ukraine dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan bola baling moden pertama kali dimainkan di Denmark, Jerman, Norway, Scandinavia dan Sweden pada akhir abad ke-19. R.N. Ernst membentuk undang-undang permainan bola baling pada tahun 1897 manakala Holger Nielsen membentuk undang-undang permainan ini pada tahun 1898. Undang-undang lain untuk permainan ini pula dibentuk oleh Max Heiser, Karl Schelenz dan Erich Konigh pada tahun 1917. Undang-undang ini ditingkatkan lagi oleh Karl Schelenz pada tahun 1919. Pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama untuk pasukan lelaki diadakan antara Jerman dan Belgium pada tahun 1925. Sebaliknya, pertandingan bola baling antarabangsa yang pertama untuk pasukan perempuan diadakan antara Jerman dan Australia pada tahun 1930. Kedua-dua pertandingan ini dijalankan bawah undang-undang tersebut.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Hasilnya satu undang-undang antarabangsa permainan bola baling ditubuhkan. Pada tahun 1928, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge dan dianggotai 11 buah negara sempena Sukan Olimpik di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Berlin untuk pasukan lelaki.

Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Namun demikian, permainan tersebut telah dibatalkan dalam senarai permainan Sukan Olimpik. Permainan dipertandingkan semula dalam Sukan Olimpik di Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976, permainan bola baling untuk pasukan perempuan dalam Sukan Olimpik dimulakan. Pada mulanya, bola baling dimainkan 11 orang pemain di padang sepak tetapi akhirnya ia berkembang menjadi permainan dalaman yang dimainkan 7 orang pemain disebabkan cuaca yang buruk di utara Eropah. Akibatnya permainan ini berkembang dengan pesat dan meluas di seluruh Eropah. Permainan bola baling secara dalaman dan luaran sama-sama-sama mendapat sambutan baik dan terkenal sehingga tahun 1960. Pada tahun 1965, jawatankuasa Sukan Olimpik telah menggariskan permainan bola baling sebagai permainan dalaman yang disertai oleh 7 orang pemain.

Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini telah mengadakan kejohanan Bola Baling Sedunia Pasukan Lelaki setiap 4 tahun atau 3 tahun sekali dari Perang Dunia Kedua hingga tahun 1995. Selepas Kejohanan Bola Baling Sedunia di Ireland, pertandingan ini diadakan 2 tahun sekali. Kejohanan Bola Baling Sedunia Pasukan Perempuan diperkenalkan oleh kesatuan ini pada tahun 1957. Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 2007, tedapat 159 buah kesatuan bola baling di pelbagai negara menganggotai IHF yang terdiri daripada 1130000 pasukan di mana terdapat sebanyak 31 juta orang pemain, jurulatih, pengadil dan pegawai . Pada hari ini, terdapat 68 buah negara menyertai IHF. Di Eropah, negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan Poland.
Perkembangan bola baling yang pesat di Asia berlaku selepas penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia hasil daripada cadangan Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad selaku pengerusi perwakilan Kuwait dalam Sukan Asia di Tehran pada tahun 1974. Beliau meminta supaya permainan bola baling diiktirafkan sebagai permainan rasmi di Asia. Ini adalah disebabkan permainan ini

mendapat sambutan yang meluas di Asia . Berikutannya Kesatuan Permainan Asia telah mengiktirafkan permainan bola baling sebagai permainan rasmi yang ke-19 dalam senarai permainan Asia. Martyr Shaikh Fahad Al-Ahmad juga mengambil inisiatif mengadakan satu mesyuarat untuk perbincangan penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia. Hasilnya Kesatuan Bola Baling Asia telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Tehran sedang berlangsung. Pada tahun 1976, semua kesatuan bola baling dari seluruh Asia telah dijemput menghadiri satu mesyuarat. Penubuhan Kesatuan Bola Baling Asia (AHF) diumumkan dalam mesyuarat tersebut. Ahli jawatankusa kesatuan ini telah dipilih dan jawatankuasa eksekutif ditubuhkan untuk menguruskan kesatuan tersebut. Ibu pejabat kesatuan ini terletak di Kuwait. Penubuhan kesatuan ini telahmembawa kepada pembangunan dan perkembangan permainan bola baling di Asia. Di Asia, Rusia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak

Permainan bola baling di Malaysia merupakan satu permainan yang baru. Perkembangan bola baling agak perlahan di negara kita. Permainan bola baling mula diperkenalkan oleh Lim Hock Han pada tahun 1976. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 September 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986, persatuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Disember 1985 dan sebanyak 11 pasukan telah menyertai pertandingan tesebut. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut pada tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Persatuan bola baling diperkenalkan kepada pelajar sebagai salah satu kegiatan kokurikulum.

Sebenarnya permainan ini biasanya dimainkan sampai peringkat sekolah menengah. Terdapat banyak rakyat Malaysia masih tidak mengenali permainan ini. Selain itu, negara kita kekurangan jurulatih yang berkaliber disebabkan masalah kewangan. Kesatuan Bola Baling Amatur Malaysia bertanggungawab untuk membangunkan dan mengembangkan permainan di negara kita.

Saturday, October 30, 2010

cuba tengok betul2

didika
MENGGAMBAR[P1020865.JPG]
PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR
. satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid.
. melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
.menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya.
.lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.
.meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.
.membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan..
.dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
R Definisi Menggambar
.representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
.mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
. gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang
.Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek
LUKISAN
Rhasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit.
Rlanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Rkarya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata.
RPenggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.
RProses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan.
RAplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan.
R bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata
CATAN
.proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
. mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak
.Dihasilkan melalui sapuan warnake atas permukaan rata dengan menggunakan berus
. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke
atas permukaan
. Satu ciptaan gambar yang berwarna
. latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding.
. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain
. Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna.
Kolaj
.bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan
.perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D.
.satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih
.Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi.
. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj.
. Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
.Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak.
. Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan.
.Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara ”superimpose” di antara satu sama lain
.Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen.
. Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

MONTAJ
. Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar
. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain
.Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi
. imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
. hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
.komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.
. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain.
.Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni
. Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR
. satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid.
. melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
.menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya.
.lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.
.meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.
.membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan..
.dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.
R Definisi Menggambar
.representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
.mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
. gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang
.Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

LUKISAN
Rhasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit.
Rlanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Rkarya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata.
RPenggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.
RProses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan.
RAplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan.
R bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata
CATAN
.proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata.
. mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak
.Dihasilkan melalui sapuan warnake atas permukaan rata dengan menggunakan berus
. Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke
atas permukaan
. Satu ciptaan gambar yang berwarna
. latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding.
. Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.
. Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain
. Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna.
Kolaj
.bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan
.perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D.
.satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih
.Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi.
. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj.
. Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
.Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak.
. Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan.
.Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara ”superimpose” di antara satu sama lain
.Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen.
. Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

MONTAJ
. Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar
. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
. Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain
.Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi
. imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan
. hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej.
.komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj.
. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain.
.Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni
. Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen

seni dalam persembahan pulak

rofesor Mohamed Ghouse Nasuruddin dilahirkan di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan di Sekolah Penang Free. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Pendidikan.
Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan di Sekolah Menengah Abdullah Munshi, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian pada peringkat M.A. dan Ph.D. di Indiana University, Amerika Syarikat di bawah biasiswa Fulbright-Hays dan Ford Foundation.
Pada tahun 1984, beliau dilantik sebagai Profesor Madya dan menjadi Pengarah Pusat Seni. Pada tahun 1985 beliau telah dikurniai Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh T.Y.T. Gabenor Negeri Pulau Pinang.
Selain pengajian dan penyelidikan, beliau juga menghasilkan buku yang berkaitan dengan tarian dan muzik. Tidak ketinggalan juga mengadakan persembahan drama dan tarian di seluruh negeri di Malaysia dan di luar negara.
Berdasarkan sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang untuk Universiti dan Negara, Universiti Sains Malaysia telah melantik beliau sebagai Profesor dalam bidang Seni Lakon di bawah Pusat Seni pada 1 Mac 1994.
September 1994
TEKS PENUH

Seni persembahan tradisi yang merangkumi bentuk-bentuk tarian, muzik dan teater tradisional boleh ditinjau dari segi hiburan, ritual dan pengubatan. Ia juga boleh dikategorikan dari segi genrenya, iaitu rakyat atau istana atau dibahagikan mengikut kegunaan unsurnya, iaitu tari, muzik dan drama. Syarahan ini akan meninjau seni persembahan tradisi dari segi fungsinya, iaitu ritual, pengubatan dan hiburan, dan menghuraikan perubahan yang telah berlaku ke atas mereka.
Persembahan untuk ritual yang merangkumi bentuk tarian dan teater memuja semangat dan roh yang dipercayai mempengaruhi kehidupan ahli suku kaum bagi memenuhi berbagai tujuan. Antaranya ialah untuk kesyukuran, bernazar dan perlindungan dari malapetaka. Perkara kesyukuran ialah seperti perkahwinan, kelahiran dan menuai; menolak bala malapetaka alam seperti letupan gunung berapi, gerak gempa, banjir, ribut taufan; memohon perlindungan melibatkan upacara menyemah kampung atau rumah panjang, membersih kawasan hutan untuk tanaman, mengubah tengkorak ke tempat atau rumah baru dan upacara pengubatan.
Persembahan tarian yang memenuhi tujuan-tujuan ini terdapat dalam kalangan suku-suku kaum di Sabah. Di dalam kategori ritual untuk pengubatan ialah tarian magunatip dan mansayau dari suku kaum Kwijau, tariansumayau/ mandasayau dari suku kaum Dusun. Tarian untuk menyemah semangat yang juga digunakan sebagai pengubatan terdapat dalam kalangan suku kaum Dusun di kawasan Kuala Penyu yang mengadakan tariansumazau untuk upacara bergading, sementara suku kaum Dusun di Membakut menggunakan tarian yang sama di dalam upacara memanta, dan Dusun di Papar menggunakan di dalam upacara gumazad. Untuk tujuan yang sama suku kaum Rungus dan Kimaragang mempersembahkan tarian mengigol dan sumandai.
Tarian yang berkaitan dengan menanam dan menuai padi ialah sumazau oleh suku kaum Kadazan/Dusun, mengigol dan sumandai oleh suku kaum Rungus, tarian magunatip dari suku kaum Kwijau dan pinakang dari suku kaum Kimaragang.
Di Sarawak juga terdapat tarian yang memenuhi keperluan yang sama seperti tarian tolak bala yang ditarikan oleh suku kaum Bidayu untuk menyemah rumah panjang. Suku kaum Melanau pula mengadakan tarian aluk-aluk semasa berkabung sepanjang empat hari bagi meredakan suasana muram yang mengiringi sesuatu kematian.
Di Semenanjung dalam kalangan orang asli puak Temiar terdapat tarian sewang yang dipersembahkan untuk tiga upacara tertentu. Pertama, untuk kesyukuran selepas menuai atau membuka tanah baru; kedua, menandakan selesainya masa bekabung; dan ketiga, mengiringi pengubatan tradisi. Pergerakan dan muzik untuk ketiga-tiga upacara ini adalah sama, hanya lagu yang dinyanyikan oleh Halak atau bomoh berbeza mengikut keperluan upacara. Tarian saba yang memenuhi keperluan yang sama terdapat dalam kalangan orang asli di kampung Kuala Jengai di Terengganu.
Selain tarian, bentuk teater tradisi juga dipersembahkan untuk memenuhi fungsi ritual seperti menyemah kampung, kesyukuran, bernazar dan pengubatan. Antaranya ialah teater makyong, wayang kulit, menora dan mek mulungMakyong juga mempunyai fungsi mengubati pesakit di dalam sebuah upacara yang dikenali sebagai main puteriMenora yang berkaitan dengan agama Buddha selalunya dipersembahkan untuk upacara keagamaan seperti upacara ketik untuk merayakan sebuah berhala.
Kesemua bentuk teater dan tarian ritual ini digunakan juga untuk fungsi sekular, iaitu hiburan semasa temasya pesta atau keramaian perkahwinan. Umpamanya, tarian limbai dan runsai dari suku kaum Bajaudipersembahkan semasa perkahwinan, sementara tarian tarirai, tabawan, daling-daling, lolai-lolok dan sayan dipersembahkan untuk keramaian suku kaum lain. Suku kaum Murut pula mempunyai tarian ongalang untuk mengiringi hantaran pengantin dan tarian aduai-aduai ditarikan semasa upacara minum tapai.
Kesemua tarian suku kaum Kedayan dan Brunei berfungsi sekular, iaitu dipersembahkan hanya untuk hiburan dan keramaian dan bukan untuk memuja roh atau semangat kerana suku kaum ini beragama Islam yang melarang sebarang pemujaan selain Tuhan. Jenis tarian dalam kalangan suku kaum ini ialah mendayut, adai-adai dan samalindang yang ditarikan semasa perkahwinan dan temasya hiburan yang lain. Dalam kalangan suku kaum Kokos terdapat tarian melinggok, dansa dan silong tinubou, dari suku kaum Irranun, tarian anding, dan tarian ambailuk dari suku kaum Tidung.
Di Sarawak tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Iban dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu.
Contoh tarian sekular di Semenanjung ialah joget, gamelan, asyik, hadrah, terinai, rodat, canggung dan mak inang, sementara bentuk teater untuk hiburan sekular diwakili oleh jikey, makyong laut dan bangsawan.
Perubahan fungsi menyebabkan persembahan berubah haluan daripada ritual kepada sekular. Dan adakalanya fungsinya sebagai hiburan popular telah terhakis akibat kekurangan sambutan. Ini menyebabkan beberapa permainan tradisi seperti makyong kedah, mek mulung dan wayang melayu telah terkubur dan bilangan pemain permainan tradisi lain semakin merosot.
Oleh itu kekerapan persembahan semakin berkurangan di tempat asal mereka. Kalau adapun hanya di tempat dan masa yang tertentu sahaja, seperti perayaan pesta kesenian, atau di tempat khas seperti di Kampung Budaya Sarawak, di MATIC atau di hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur semasa Malaysia Fest untuk sajian kepada para pelancong.
Bentuk-bentuk persembahan yang masih segar ialah yang berkaitan dengan upacara ritual seperti pemujaan roh dan semangat yang masih diteruskan dalam kalangan orang asli di Semenanjung dan suku kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ini juga telah mengalami perubahan struktur kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur moden.
Corak dan fungsi seni perubahan tradisi telah berubah kerana faktor-faktor berikut:
  1. Hakisan kepercayaan anamisme yang berkaitan dengan persembahan tradisi. Pada masa dahulu permainan tradisi memenuhi keperluan kepercayaan animisme, yakni dijadikan saluran untuk berdamping dengan kuasa ghaib yang dipercayai menentukan nasib pengamalnya. Dengan kemajuan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi yang boleh menerangkan secara saintifik segala kejadian alam semula jadi seperti gerak gempa, letupan gunung berapi, ribut taufan dan sebagainya, maka ini telah menghakis kepercayaan terhadap persembahan tradisi sebagai penyelamat dan penentu nasib masyarakat.
  2. Perubahan corak hidup dan kemajuan pengetahuan sains dan teknologi. Pembangunan kawasan bandar dan infrastruktur perindustrian telah berkesan ke atas bentuk seni persembahan tradisi yang dahulunya berkaitan rapat dengan pertanian dan perikanan. Persembahan ini digunakan untuk memuja semangat untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Tetapi apabila corak pekerjaan berubah kepada perkilangan dan kerja bersawah dan menangkap ikan menjadi lebih saintifik, maka gugurlah fungsi persembahan tradisi sebagai penentu hasil kerja yang lumayan. Produktiviti perkilangan memang tidak ditentukan oleh semangat, hantu atau jembalang, tetapi kepada penggunaan teknologi canggih.
  3. Status ahli pemain tradisi. Oleh kerana status persembahan tradisi telah merosot di dalam masyarakat kini, maka ahli-ahlinya tidak ingin anak masing-masing mengikuti jejak langkah mereka. Mereka mahukan anak-anak mereka berkelulusan universiti untuk menjadi doktor, jurutera, pensyarah, peguam, pengurus dan sebagainya, yang kesemuanya bertaraf jauh lebih tinggi daripada pemain rebab atau dalang wayang kulit. Sikap ini menyebabkan tidak terdapat lapisan pengganti kepada pemain yang sudah tua. Inilah antara sebab lenyapnya permainan makyong kedah dan mek mulung.
  4. Kesedaran keagamaan, terutamanya dalam kalangan orang Melayu. Umpamanya, wayang kulit, main puteri, makyong dan mek mulung kesemuanya mengandungi unsur-unsur pujaan anamisme dan dimainkan semasa upacara buka panggung dan tutup panggung dalam mana hantu jembalang, roh dan semangat dijamu dengan makanan, minuman dan jampi serapah. Tujuannya ialah untuk meminta kuasa-kuasa ghaib ini melindung pemain dan penonton daripada kuasa jahat.
Upacara buka panggung di dalam persembahan wayang kulit menggabungkan kepercayaan anamisme dan Hindu. Dalang memulakan jampi serapah dengan perkataan OM yang mewakili dewa Hindu Brahma, Indera danVishnu. Kemudian dijemput puak sinar runduk, hantu jembalang, raja mambang dan raja iblis. Seterusnya diseru Maharaja Rawana, Seri Rama, Indrajit dan Maharishi Kala. Selepas itu, Dalang memanggil semangat utara dan laut, semangat hutan dan selatan, semangat angin api, air dan tanah bersama-sama dengan jin hitam, jin putih, iblis, Ganesha dan Semar Putih, Ardjuna dan Bima. Makyong juga menggunakan jampi serapah yang hampir sama untuk meminta kuasa ghaib menentukan kejayaan sesebuah persembahan.Kebangkitan pergerakan Islam yang membawa kepada kesedaran ajarannya menyebabkan ramai pemain persembahan tradisi berhenti terus daripada bermain, umpamanya wayang kulit atau makyong kerana mereka sedar yang apa yang dilakukan adalah syirik, iaitu memuja patung dan meminta perlindungan dan pertolongan daripada kuasa selain Tuhan.
Perkara yang sama berlaku di dalam pengubatan tradisional seperti main puteri atau main bageh yang menggunakan unsur-unsur kurafat untuk mengubati pesakit. Di dalam kepercayaan main puteri setiap bahagian tubuh badan manusia mempunyai penunggunya sendiri dan penyakit yang dia alami adalah kerana penunggu atau hantu ini tidak disaji.
Pada masa dahulu memang banyak upacara pengubatan tradisi dijalankan kerana orang ketika itu begitu percaya kepada pengubatan secara ini. Di dalam pengubatan ini Tok Puteri dengan menggunakan kepercayaan penyakit tentang semangat dan hantu cuba mecetuskan tenaga pemulihan dari dalam badan pesaki sendiri. Selalunya penyakit psikologis dapat dipulihkan, yang fisiologis tidak. Tetapi dengan kukuhan kepercayaan kepada ajaran agama Islam dan dengan adanya cara mengubati secara saintifik yang lebih mujarab di hospital, maka upacara main puteri ini semakin berkurangan.
Jadi agama dan kemajuan pengetahuan ilmu telah mengubah sikap masyarakat terhadap seni persembahan tradisi sebagai menentukan nasib dan cara hidup masyarakat.
Saingan hiburan moden telah juga mempengaruhi kemerosotan seni persembahan tradisi. Dengan adanya televisyen, video, wayang gambar, cakera laser, cakera padat dan sebagainya, persembahan tradisi tidak lagi menjadi tumpuan masyarakat. Malah kini lebih mudah memperoleh hiburan moden daripada persembahan tradisi yang diadakan sekali-sekala di luar bandar. Hiburan moden sebaliknya dapat dinikmati dengan selesa dan mudah di rumah sendiri ataupun di panggung yang moden dan indah.
Muzik moden umpamanya, disiarkan sepanjang hari sehingga jauh malam melalui televisyen dan radio, sementara muzik tradisi sukar sekali kedengaran di saluran yang sama. Industri muzik di Malaysia berasaskan muzik Barat dari segi skala, alat-alat muzik dan gaya nyanyian. Syarikat-syarikat muzik seperti CBS, EMI, Sony, dan sebagainya memasarkan muzik Melayu dan barat. Mereka tidak langsung mengetengahkan muzik tradisi kerana tidak ada pasaran. Tidak siapa pun ingin membeli kaset muzik tradisi, kecuali segelintir orang yang berkecimpung terus dengan kajian bentuk muzik tradisi. Pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan menggalakkan industri muzik Barat dan memberi bimbingan dan dorongan untuk memajukan industri ini. Sebaliknya, muzik tradisi diketepikan sama sekali. Hanya Kementerian Kebudayaan sahaja yang cuba menghidupkan muzik ini, tetapi lebih kepada imejnya sebagai pengamanah budaya Melayu daripada menjalankan usaha konkrit untuk menghidupkan warisan ini. Mereka lebih bergiat menubuh orkestra simfoni daripada orkestra tradisi. Keadaan ini berlaku kerana masyarakat lebih berselera dengan muzik Barat dan Kementerian Kebudayaan sebagai agensi kerajaan perlu memenuhi selera ini.
Sebagai akibat pengaruh muzik moden, anak-anak muda mengenali kumpulan muzik rock seperti Search atau Wings dan menjadi peminat penyanyi Nash, Ning Baizura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, dan Ella. Mereka bermati-matian menonton konsert penyanyi-penyanyi ini. Tetapi mereka tidak mengerti muzik wayang kulit atau makyong ataupun hadrah. Siapa kenal Mak Minah, tokoh penyanyi bangsawan atau Hamzah Awang Amatdalang wayang kulit, ataupun Khatijah Awang, primadona makyong? Pendek kata muzik tradisi tidak lagi mendapat sambutan daripada masyarakat keseluruhannya dan tiada sebarang tindakan yang berkesan dilakukan untuk memulihkannya.
Hiburan moden juga telah memberi kesan ke atas tarian tradisi yang juga mengalami nasib yang sama seperti muzik tradisi; yakni jarang dilihat di kaca televisyen atau di pentas umum. Hanya beberapa buah tarian tradisi seperti joget gamelan dan asyik yang telah diubah suai dipentaskan untuk tatapan para pelancong di restoran tertentu dan semasa persembahan khas Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Begitu juga di Kampung Budaya Sarawak tarian ngajat, datun julud dan zapin dipentaskan untuk pelancong. Tarian-tarian lain seperti kuda kepang, barongan, dabus, hadrah, tari inai dan rodat tidak kelihatan langsung. Di Sabah tarian seperti mengilok, sumazau, langsaran, daling-daling dan samalindang hanya dapat dilihat pada tempat dan masa yang tertentu.
Sebaliknya, tarian Barat (moden) bersepah di sana sini dan menjadi minat umum ketika ini. Tarian ini yang boleh dibahagikan kepada yang popular dan serius selalunya berpusat di kawasan bandar yang terdapat suasana dan cara hidup Barat seperti disko menggalakkan tarian moden, raps, dan segala gerak cergas dan ganas yang dimasukkan ke dalam popdisk heavymet (popular disco heavy metal). Generasi muda berusaha mempelajari tarian-tarian ini kerana ia menjadi tuntutan masa sekarang, dan akan menarik perhatian umum. Temasya hiburan persendirian seperti majlis hari jadi ataupun majlis tari-menari selalunya akan diikuti dengan majlis tari- menari dan muda-mudi akan menari tarian Barat yang terkini bukan tarian tradisi, kecuali tarian joget sekali-sekala.
Tarian yang serius pula seperti balet, jazz dan moden menarik golongan yang berada dan ini dianggap sebagai simbol status. Terdapat banyak sekolah tarian balet dan moden di kawasan bandar dan peminat sanggup membayar harga yang tinggi untuk mempelajari tarian-tarian ini. Sekolah balet seperti Federal Academy of Ballet menawar diploma tari yang mengandungi aspek teori dan amali tarian Barat termasuk balet, moden, jazz, taps. Sekolah balet yang lain di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Melaka, dan Johor Bharu menawarkan kelas tarian balet dan moden yang dianjurkan oleh Royal School of Dancing dari London yang menghantar pemeriksa setiap tahun unutk memeriksa calon tarian daripada sekolah-sekolah ini.
Tarian tradisi tidak mempunyai tarikan semacam itu. Tidak terdapat sekolah swasta tarian Melayu. Yang adapun hanya Pusat Budaya yang mengajar beberapa buah tarian Melayu sahaja untuk kanak-kanak di Kuala Lumpur. Di tempat lain tidak ada. Hanya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan cuba mengaturkan kelas-kelas tarian Melayu di tempat-tempat tertentu, tetapi sambutannya dingin walaupun percuma. Pendek kata persembahan tradisi sama ada muzik, tarian ataupun teater kurang mendapat sambutan masyarakat umum.
Apakah kedudukan sebenar kegiatan persembahan seni tradisi ketika ini? Seni persembahan tradisi pada masa kini tidak dipersembahkan sebagai hiburan untuk tatapan umum kerana masyarakat telah menukar citarasa mereka kepada persembahan yang diimport dari luar negeri. Oleh hal yang demikian, kegiatan persembahan tradisi yang dahulunya berkembang di sana sini atas sokongan masyarakat, sekarang menjadi terhad dan dikelolakan oleh jabatan kerajaan atau perbadanan tertentu sahaja.
Ketika ini penggerak dan pemangkin seni persembahan tradisi ialah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Kementerian inilah yang menyusun kursus tarian dan muzik tradisi untuk dipopularkan dalam kalangan muda-mudi. Di samping itu, mereka mengendalikan seni persembahan tradisi di dalam dan di luar negara untuk menarik pelancong.
Kebanyakan kerajaan negeri juga mempunyai kumpulan seni persembahan tradisi (terutamanya tarian) masing-masing seperti Kumpulan Taman Seni Johor, Briged Seni Melaka, kumpulan tarian dan muzik kerajaan negeri Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Kesemua badan ini mengadakan persembahan untuk keramaian rasmi tertentu seperti hari keputeraan Raja atau Gabenor, hari kemerdekaan, dan semasa jamuan untuk meraikan ahli-ahli politik kebangsaan dan negeri. Sementara itu, syarikat besar seperti Petronas, Sistem Penerbangan Malaysia, Dewan Bandaran Kuala Lumpur dan Dewan Bandaran Petaling Jaya mempunyai kumpulan tarian sendiri.
Selain itu, terdapat kumpulan swasta seperti Sarawak Cultural Village, Pinang Cultural Centre dan beberapa buah restoran yang mengadakan persembahan tarian tradisi setiap malam khasnya untuk para pelancong. Kesemua persembahan ini sama ada oleh pihak kerajaan atau swasta telah diubahsuaikan untuk memenuhi keperluan persembahan secara moden.
Persembahan seni tradisi telah juga berpindah dari kawasan asal di luar bandar ke pusat pengajian tinggi seperti universiti dan maktab. Yang bergiat dalam usaha memperkenalkan seni persembahan tradisi ialah Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya. Di USM terdapat projek pemuliharaan yang cuba menghidupkan semula wayang kulit, makyong dan bangsawan. Walau bagaimanapun, hanya wayang kulit sahaja dapat dipertahankan dalam bentuk satu kursus. Bangsawan diketepikan selepas mengunakan tokoh-tokohnya seperti Pak Alias dan Mak Minah selama sepuluh tahun. Selepas kematian Pak Alias pada tahun 1991 projek ini digugurkan. Makyong di USM terkubur dengan kematian Encik Ayob Ismail, Pengarah Kebudayaan USM, seorang tokoh seni persembahan tradisi.
Pihak Universiti Malaya, melalu Pusat Kebudayaannya cuba mengatur persembahan tradisi seperti makyong, bangsawan, keroncong, joget gamelan dan randai. Antara lain yang diajarkan ialah teori permainan tradisi dalam beberapa kursus. Usaha yang sama dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kebanyakan institusi pengajian tinggi mengadakan usaha mendokumentasikan seni persembahan tradisi sebagai bahan arkib untuk disimpan dan diselidik secara ilmiah. Ada pula pihak yang menjalankan dokumentasi dengan dibiayai pihak universiti semata-mata untuk disimpan dan tidak disebarkan penggunaannya. Akhirnya seni persembahan tradisi hanya akan terkandung dalam bentuk rakaman video dan tidak dipuliharakan.
Yang perlu dilakukan pada awal-awal lagi untuk menghidupkan seni persembahan tradisi ialah menyusun rancangan latihan untuk mempraktikkannya dengan menggunakan kaedah tertentu, bukan sekadar mengadakan apresiasi sahaja yang telah pun dijalankan oleh institusi pengajian tinggi selama ini. Walaupun sekarang ini terdapat beberapa rancangan untuk menghidupkan kembali sebilangan seni persembahan tradisi oleh institusi pengajian tinggi, dan usaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan melalui Akademi Seni Negaranya dan usaha baru menubuhkan sekolah seni oleh Kementerian Pendidikan, kesemuanya agak terlewat kerana keadaan seni persembahan tradisi begitu tenat sekali.
Ketika ini seni persembahan tradisi tidak dapat bersaing dengan seni persembahan moden yang mempengaruhi segala aspek kehidupan masyarakat. Yang menjadi tarikan utama bagi muda-mudi ialah tarian dan muzik Barat terkini seperti disko, raps, rock, dan heavy metal. Sikap ini dibentuk dan dipengaruhi oleh rancangan televisyen Barat yang mempopu-larkan budaya moden yang berasaskan kepada nilai dan norma Barat. Keadaan ini berlaku kerana situasi penguasaan teknologi dan daya pemikiran yang tinggi.
Hal yang berlaku itu dikenali sebagai proses akulturasi budaya. Perkara ini telah bermula sejak wujudnya tamadun manusia. Jika ditinjau sejarah tamadun dunia kita akan dapati bahawa tamadun yang kaya dengan pengetahuan dan teknologi akan mempengaruhi dan menakluk komuniti yang budayanya tidak setaraf dan setanding dengannya.
Sebagai contoh, kita lihat tamadun Yunani yang wujud sekitar tahun 1200 S. M. Kemajuan pengetahuan yang pesat pada waktu itu telah melahirkan pemikir agung dalam bidang ilmu seperti falsafah, matematik, kesusasteraan, politik, ekonomi, dan seni. Sehingga hari ini, cendekiawan masih berbincang pemikiran Socrates, Plato, dan Aristotle. Oleh sebab kerajaan dan sistem ekonomi yang kukuh dan daya pemikiran yang kreatif, maka Yunani dapat mempengaruhi kawasan Asia Barat, Mesir, dan Utara India. Kemudian terdapat kegemilangan tamadun Romawi dan seterusnya Islam.
Pengaruh agama dan budaya Islam berkesan di Asia Barat dan Eropah, terutamanya di Sepanyol kerana Islam berasaskan ketakwaan kepada Tuhan dan daya pemikiran yang tajam dan luas. Pada zaman kegemilangannya, Islam telah menghasilkan berbagai-bagai pengetahuan baru dalam sains, pertanian dan perdagangan, seperti astronomi, kimia dan ilmu alam; begitu juga dalam bidang perubatan. Di samping itu, keindahan seni khat dan seni bina merupakan sumbangan Islam kepada alam kesenian.
Begitu juga dengan pengaruh budaya India yang membawa cara hidup, agama, dan seni ke Asia Tenggara. Antara sumbangan budaya ini kepada seni ialah cerita Ramayana dan Mahabharata, sistem kesultanan, tarian dan muzik. Tamadun British juga menakluk kawasan Asia melalui teknologi dan budayanya yang tinggi.
Suku kaum yang menguasai teknologi dan pengetahuan yang luas akan mempengaruhi kelompok dan budaya yang lemah. Itulah yang berlaku di Malaysia, bukan sahaja dalam bidang seni bahkan dalam keseluruhan cara hidup orang Malaysia. Penaklukan budaya tidak lagi menggunakan kekerasan seperti zaman Yunani atau Romawi, ataupun hanya melalui perdagangan seperti kedatangan pengaruh Hindu dan Islam ke rantau ini, tetapi dengan menggunakan teknologi canggih dan terkini. Umpamanya, media elektronik dan cetakan dan kadang kala diplomasi digunakan untuk mengawal minda sesebuah masyarakat. Cara ini lebih berkesan daripada menggunakan kekerasan. Proses ini dikenali sebagai cultural diffusion yang membawa kepada asimilasi dan akulturasi.
Jadi pengaruh budaya berasaskan penguasaan teknologi dan pengetahuan. Negara yang menguasai teknologi akan dapat menyebarkan budaya mereka dengan mudah dan berkesan dibandingkan dengan negara yang hanya menjadi pelanggan teknologi. Kita lihat sahaja pencipta teknologi seperti Jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Dengan adanya teknologi ini negara-negara ini menjadi kaya dan mudah menyebarkan budaya mereka ke negara yang menjadi pelanggan teknologi. Umpamanya, rancangan televisyen yang diminati ramai adalah dari Hollywood atau Eropah. Jepun pula sekarang mula menyebar budayanya melalui rancangan televisyennya kerana ia negara yang membawa pembaharuan dalam penghasilan teknologi. Melalui rancangan televisyennya kita mengenali sejarah Samurai dan Ninja dan lebih-lebih lagi cara mereka bertarung. Kita juga telah mula mengikut tatakerja mereka.
Penghasilan wayang gambar dipengaruhi oleh filem-filem Hollywood yang menentukan taraf dan mutu industri perfileman. Dan melalui filem Hollywood diagungkan cara hidup dan budaya Barat sehingga kita di Malaysia terikut-ikut dengannya. Sebenarnya seni moden Barat menentukan selera hiburan yang begitu berkesan ke atas generasi moden sehingga menjejaskan seni persembahan tradisi. Seni ini tidak akan berfungsi lagi dalam masyarakat kurun ke-21, kecuali dalam upacara ritual yang berkaitan dengan kepercayaan agama tertentu, dan ini juga mungkin berubah mengikut kepentingan zaman yang mungkin meringkaskan upacara ritual ini.
Wayang kulit, makyong, jikey, hadrah, mek mulung, dan seni persembahan tradisi yang lain akan wujud di muzium dan arkib sebagai unsur kajian dan unsur yang aneh, senasib dengan mistar hitung yang telah digantikan dengan kalkulator saintifik. Alatan ini juga ibarat sebilah keris yang pada masa dahulu amat berguna sebagai senjata dan simbol kuasa dan keperwiraan, tetapi sekarang tidak bermaya lagi, hanya sebagai perhiasan sahaja. Segala usaha pihak tertentu untuk memelihara seni persembahan tradisi tidak akan berjaya kerana sudah terlewat dan angin perubahan telah lama bertiup kencang tanpa sebarang halangan.
Kurun ke-21 akan membawa cara dan ragam hidup baru yang akan memerlukan hiburan yang secocok dengannya, iaitu yang baru. Perlu diingati yang generasi kurun ke-21 mungkin tidak akan mempunyai kaitan lagi dengan seni persembahan tradisi kerana mereka tidak terdedah langsung kepada persembahan ini. Citarasa dan selera hiburan mereka telah dibentuk secara formal atau tidak formal oleh hiburan moden seperti permainan video, televisyen, cakera laser, sedutan video dan wayang gambar.
Hiburan moden yang akan memenuhi citarasa generasi ini ialah yang berdasarkan teknologi komputer yang akan menghasilkan berbagai-bagai bentuk hiburan menggunakan antara lain teknik yang menghampiri realiti yang membolehkan penonton menikmati hiburan elektronik sama ada secara pasif atau aktif.
Apakah kita perlu bersedih akan kehilangan warisan kita dan adakah ini akan melemahkan semangat negara yang akan menyebabkan kita kehilangan pangkal? Warisan merupakan sebagai satu landasan untuk mempamerkan identiti dan kemajuan negara dan seharusnya tidak pula menghalang kemajuan ini. Kita perlu sedar bahawa warisan sering berubah dibentuk oleh zaman, sesuai dengan proses menyesuaikan warisan dengan kehendak zaman. Selalunya unsur-unsur warisan yang tidak sesuai akan gugur dengan sendirinya dan digantikan dengan yang lebih sesuai. Ini juga dikenali sebagai satu proses evolusi warisan.
Oleh itu tidak usahlah kita bersedih tentang kehilangan seni persembahan tradisi dan tidak payah merugikan masa menghidupkan sesuatu yang telah mati. Kalau dipaksa juga menghidupkan warisan ini, maka ia akan wujud sebagai bangkai bernyawa. Biarkan warisan ini hidup dalam bentuk lain pula yang secocok dengan zaman sains dan teknologi yang akan menghasilkan seni dan hiburan yang baru. Kita perlu memandang ke hadapan dan berdamping dengan teknologi, bukan sahaja sebagai pengguna bahkan sebagai pencipta, dan menggunakan teknologi ini untuk memperkayakan budaya yang sesuai dengan ketika dan zaman.

batik warisan dunia

Sejarah
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Rupabentuk Kain Batik Sarung
Contoh Motif Organik.
 Motif Ayam
 Motif 
Bunga Buluh
 Motif Bunga Kerak Nasi
 Motif Bunga Kotak Bercampur
 Motif Bunga Orkid
 Motif Bunga Raya
 Motif 
Daun Sireh
 Motif Geometrik
 Motif Pucuk Rebung
 Motif Rama-rama
 Motif Siput

Motif Ayam

Contoh Motif Geometrik.
 Motif Pucuk Rebung
 Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif Bunga Buluh

Motif Bunga Raya

Motif Siput

Motif Pucuk Rebung
Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
 Corak Berdiri
 Corak Jalur
 Corak Melintang
 Corak Menyeluruh
 Corak Menyerong
 Corak Tompok-tompok
 Corak Ulangan Batu-bata
 Corak Ulangan/Selang seli


Blok penerap batik
Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
 Blok penerap Campuran lilin
 Kain
 Pencelup
 Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penjenisan Kain Batik
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
 
Proses menerap kain menggunakan blok corak
Batik Conteng

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
 
Proses mencanting kain
Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
Penggunaan
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

jom kite tengok


Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.
 
Latar Belakang
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh PersatuanNational Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.
Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara dikalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Ia begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet.
Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Kita juga dapat bermain congkak secara terus dengan mereka.Ini disebabkan permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti dilubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Cara membuat permainan
Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Cara membuat congkak:

  1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
  2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.
  3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
  4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.
  5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
  6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
  7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
  8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.
Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
Peraturan permainan
  1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
  2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
  3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
  4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
  5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Perbezaan peraturan
Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.